Thursday, 17 March 2011

cerita dalam sehari aku lalui

pada suatu dikala fajar menyinsing aku terjaga dari tidor kerana langsir di dalam bilik aku tidak tertutup. lantas dengan segera aku bangun dari tidur, sejenak sebelum aku terbangun aku terlihat sesuatu di bwah katil member aku.. mungkin anda tidak mungkin tidak percaya apa yang telah saya lihat, ini bukan perkara yang mungkin biasa terjadi kepada anda semua tetapi ini adalah realiti dalam kehidupan seharian saya.. aneh sekali apabila terlihat sesuatu cecair kemerahan di bawah katil aku punya member. ketika dalam keadaan samar-samar kerana baru bangun dari tidur aku menyangka sesuatu telah terjadi kepada member aku lalu aku mengejutkan beliau. . rupa-rupanya dia masih hidup jauh dari sangkaan aku.. aku ingatkan dia sudah di tikam ketika tidur tetapi aku pula yang di terajang disebabkan menganggu dia sedang tidor.. setelah siap mandi semua skali.. alarh senang cerita semua mber bilik aku mandi barulah kami melihat cecair kemerahan itu lebih dekat.. rupa-rupanya air sirap member aku beli semalam ditinggalkan di bawah katil member aku.. punca sebenar air  itu tertumpah masih dalam siasatan.. jika anda mempunyai sebarang maklumat boleh hantarkan komen anda di laman sesawang saya ini.. harap jujur

ini pula cerita di waktu fajar di atas kepala.. anda pasti tahu apa kesan berjemur di bawah pancaran matahari dikala tengahari.. fikir-fikirkanlah,, kita semua sedia maklum.. beralih kepada topik kita kembali...... ketika ini kelas aku sudah habis, maklumlah tegah hari mesti lapar kan.. jadi aku ajak la member-member aku pergi makan, ketika dalam perjalanan hendak ke kafe aku dengan kekawan terlihat seorang perempuan berjlan dengan lajunya memotong aku dengan kekawan.. dalam kepala otak kami semua pelbagai seribu satu persoalan yang muncul, adakah dia lapar? mungkin kunci tertinggal dalam bilik!! atau dia berjanji dengan kawan dia nak g hangout kat tasik darulaman, atau lebih logik lagi mungkin dia sakit perut atau dalam bahasa luar kamus dewan bahasa dan pustaka adalah emergency.. jadi walau apa pown kita sama-sama tunggu dia berselisih dengan aku n kekawan sekali lagi dan baru kami bertnya apa yang terjadi kepadanya sehingga terburu-buru berjalan bagai ayam yang di beri dedak.. anda mungkin ada jawapanya.. jadi sama2 lah kita kongsi..


ini pula cerita di petang hari ketika semua murid-murid sekolah rendah pulang dari kelas fardhu ain waktu itulah aku pergi ke tasik seorang diri untuk mencari ketenangan tetapi sebaliknya yang berlaku lebih teruk lagi.. apa yang berlaku? anda x tahu kan!!  haa ini aku nak bagi tau kat korang semua.. aku jalan sekejap keliling tasik, lebih kurfang 10minit aku berjalan tiba-tiba nampak awek cun dua tiga orang sedang melepak kat tepi tasik itu tanpa pakwe.. tengok gaya awek itu bagi respon kat aku.. aku pun jalan la menghampiri awek-awek itu.. sampai saja aku menjadikan diri aku lebih ramah padahal aku x la berapa ramah sangat sedangkan atuk aku sendiri pun x berapa nak cakap dengan aku atas sikap aku.. sembang punya sembang tau2 ada 3orang lelaki datang dekat dengan aku.. rupa- rupanya balak diorang.. adoiiiiii, nasib baik aku x kena cepuk dengan diorang punya balak disebabkan ihsan awek diorang beritahu aku lebih awal tentang kedatangan balak diorang.. aku pun tunggu bapak lagi cabut lari la.. kalau tunggu cari minum air tasik itu.. jadi anda perlu fikir dengan lebih matang lagi sebelum pergi kepada orang yang tidak dikenali.. ini adalah peringatan dari aku saja, kalau orang lain mesti x bagi tahu.. bak pepatah orang tua atau warga emas iaitu jangan di sangka air yang jernih x ada jentik2 kerana benda yang kecik itu kita sangka remeh.. tetapi hakikatnya tidak sama sekali..

ingin aku luahkan isi hati aku bahawa cerita di malam hari aku sudah kehabisan idea.. sesiapa yang ada idea sumbanglah sikit.. tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima jadi renung-renungkanlah kata-kata hikmah saya tadi.. wasalam

No comments:

Post a Comment